CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 15 Jun 2012

KENALI LELAKI MELALUI SAKUNYA

Berbicara soal kebahagiaan, siapa yang tidak ingin hubungan yang terjalin berakhir dengan ikatan yang sah. Pun begitu, sebelum anda memutuskan untuk melangkah ke tahap yang lebih serius, sebaiknya perhatikan cara pasangan menguruskan soal kewangannya.

Ternyata 'watak' seorang lelaki biasa dibongkar melalui cara bagaimana dia menguruskan kewangannya. Bagaimanapun, janganlah perkara tersebut anda jadikan ukuran untuk menilai pasangan kerana anda sendiri sebenarnya lebih mengetahui siapa dirinya. Meskipun begitu, tiada salahnya jika anda melihat beberapa 'watak' lelaki daripada cara dia menguruskan wangnya. Untuk itu, apa kata semak info di bawah.

Bayar Tunai Tiap Kali Berbelanja
Wanita yang berpacaran dengan lelaki ini sangat beruntung kerana mereka tergolong dalam kelompok lelaki yang berdikari dan percaya pada diri sendiri. Malahan dalam hubungan asmara dia turut melakukan perkara yang sama. Sikap tersebut juga menjadikan dia 'kebal' dan tidak mempedulikan kata atau mendengar pendapat orang lain kerana yang penting baginya adalah yang terbaik buatnya. Pun begitu, dia tetap memiliki kelemahan iaitu berfikiran konservatif serta tidak berani mengambil risiko.

Selalu Kesempitan Wang
Sekiranya dia sering mengalami masalah kewangan, itu tandanya dia tidak pandai berdikari. Apalagi di saat tidak memiliki wang, dia meminjam wang atau kad kredit teman wanitanya tetapi tidak mengembalikannya semula. Pastinya 'tabiat' ini tidak berubah sehingga dia berkahwin kelak kerana dia tidak tahu bagaimana mengatur kewangannya dengan baik dan melalaikan tanggungjawabnya.


Sangat Teliti Saat Mengeluarkan Wang
Lelaki yang teliti dalam soal mengeluarkan wangnya memang baik. Bagaimanapun, apabila dia mengajak teman wanitanya makan dan memutuskan supaya mereka membayarnya juga secara bersama serta meneliti secara detail harga makanan yang dipesan, berhati-hatilah dengan mereka. Ini kerana lelaki seperti ini tidak akan bertoleransi dan sukar memaafkan kesalahan teman wanitanya meskipun kesalahan yang dilakukan hanya kesalahan kecil.

Tidak Kisah Mengeluarkan Wang
Biasanya lelaki seperti ini tidak akan berfikir panjang saat membelanjakan wangnya. Sikapnya ini jelas memperlihatkan dia seorang yang bercita-cita dalam mengejar kemahuannya. Pendek kata, apa saja sanggup dipertaruhkan demi memenuhi keinginannya itu. Bagi wanita yang tidak bersedia untuk menanggung risiko, fikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. Apa pun, keputusan terletak di tangan anda.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...