CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 16 Jun 2012

MENGURUSKAN HUTANG DENGAN BIJAK

Apabila kita mula berhutang, perkara utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana untuk kita menjelaskan hutang tersebut tanpa tunggakan. Pengurusan hutang yang tidak bijak bukan sahaja memberi tekanan malahan akan menjejaskan kewangan anda di masa hadapan. Justeru, tips berikut boleh dijadikan panduan dalam menguruskan hutang anda.

1. Kenalpasti Hutang Yang Dibuat
Senaraikan jumlah hutang anda di dalam sebuah buku kecil. Misalnya pinjaman peribadi, rumah, kereta dan kad kredit. Pastikan anda mengetahui kadar faedah yang dikenakan bagi setiap pinjaman yang dibuat. Kemudian, tulis anggaran jumlah bayaran yang boleh dibayar pada setiap bulan.

2. Jangan Tangguhkan Bayaran
Elakkan daripada menangguhkan bayaran pinjaman anda pada bulan berikutnya. Ini bagi mengelakkan anda daripada berdepan dengan situasi yang lebih buruk pada bulan berikutnya. Oleh itu pastikan bayaran dibuat pada setiap bulan berdasarkan anggaran yang telah dibuat. Sebaik sahaja bayaran dibuat, pastikan anda menyimpan resit bayaran dalam sebuah fail khas bagi memudahkan anda membuat semakan. Untuk memudahkan urusan pembayaran dibuat, anda boleh menggunakan kaedah pembayaran automatik menerusi potongan gaji bulanan.

3. Elakkan Menambah Hutang
Buat masa ini jangan membuat sebarang pinjaman tambahan. Penambahan pinjaman akan membuatkan beban hutang anda semakin bertambah. Sebaiknya pastikan hutang-hutang anda dilangsaikan terlebih dahulu sebelum anda mengambil keputusan untuk membuat pinjaman lain. Jangan meminjam melebihi kemampuan anda sendiri yang akhirnya akan membebankan diri sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan promosi-promosi pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada anda.

4. Uruskan Kad Kredit Dengan Bijak
Biarpun anda telah menyediakan anggaran bayaran hutang kad kredit anda, jika mempunyai kewangan yang lebih, sebaiknya cuba jelaskan hutang tersebut secara total. Ini bagi mengelakkan anda menerima caj faedah kad kredit yang tinggi pada setiap bulan. Selain itu, seboleh mungkin elakkan daripada menggunakan kad kredit secara kerap terutamanya untuk membeli barangan keperluan. Pastikan kad kredit hanya digunakan untuk tujuan kecemasan sahaja.

5. Mulakan Simpanan
Mulakan pelan simpanan kewangan anda untuk mengurangkan keperluan anda meminjam bagi sebarang pembelian kecil. Anda boleh membuat simpanan bulanan melalui potongan gaji pada setiap bulan. Misalnya, dengan menyimpan RM200 sebulan di dalam akaun berasingan seperti amanah saham. Pelan simpanan ini amat berguna sekiranya anda berdepan dengan situasi yang tidak diduga, misalnya kemalangan atau kehilangan kerja pada masa hadapan.

*FG - simpan bulan ni, bulan depan dah habes..haha..

Jumaat, 15 Jun 2012

KENALI LELAKI MELALUI SAKUNYA

Berbicara soal kebahagiaan, siapa yang tidak ingin hubungan yang terjalin berakhir dengan ikatan yang sah. Pun begitu, sebelum anda memutuskan untuk melangkah ke tahap yang lebih serius, sebaiknya perhatikan cara pasangan menguruskan soal kewangannya.

Ternyata 'watak' seorang lelaki biasa dibongkar melalui cara bagaimana dia menguruskan kewangannya. Bagaimanapun, janganlah perkara tersebut anda jadikan ukuran untuk menilai pasangan kerana anda sendiri sebenarnya lebih mengetahui siapa dirinya. Meskipun begitu, tiada salahnya jika anda melihat beberapa 'watak' lelaki daripada cara dia menguruskan wangnya. Untuk itu, apa kata semak info di bawah.

Bayar Tunai Tiap Kali Berbelanja
Wanita yang berpacaran dengan lelaki ini sangat beruntung kerana mereka tergolong dalam kelompok lelaki yang berdikari dan percaya pada diri sendiri. Malahan dalam hubungan asmara dia turut melakukan perkara yang sama. Sikap tersebut juga menjadikan dia 'kebal' dan tidak mempedulikan kata atau mendengar pendapat orang lain kerana yang penting baginya adalah yang terbaik buatnya. Pun begitu, dia tetap memiliki kelemahan iaitu berfikiran konservatif serta tidak berani mengambil risiko.

Selalu Kesempitan Wang
Sekiranya dia sering mengalami masalah kewangan, itu tandanya dia tidak pandai berdikari. Apalagi di saat tidak memiliki wang, dia meminjam wang atau kad kredit teman wanitanya tetapi tidak mengembalikannya semula. Pastinya 'tabiat' ini tidak berubah sehingga dia berkahwin kelak kerana dia tidak tahu bagaimana mengatur kewangannya dengan baik dan melalaikan tanggungjawabnya.


Sangat Teliti Saat Mengeluarkan Wang
Lelaki yang teliti dalam soal mengeluarkan wangnya memang baik. Bagaimanapun, apabila dia mengajak teman wanitanya makan dan memutuskan supaya mereka membayarnya juga secara bersama serta meneliti secara detail harga makanan yang dipesan, berhati-hatilah dengan mereka. Ini kerana lelaki seperti ini tidak akan bertoleransi dan sukar memaafkan kesalahan teman wanitanya meskipun kesalahan yang dilakukan hanya kesalahan kecil.

Tidak Kisah Mengeluarkan Wang
Biasanya lelaki seperti ini tidak akan berfikir panjang saat membelanjakan wangnya. Sikapnya ini jelas memperlihatkan dia seorang yang bercita-cita dalam mengejar kemahuannya. Pendek kata, apa saja sanggup dipertaruhkan demi memenuhi keinginannya itu. Bagi wanita yang tidak bersedia untuk menanggung risiko, fikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. Apa pun, keputusan terletak di tangan anda.


3 CARA MEMBUNUH STRES DI PEJABAT

Tahukah anda, kajian oleh Microsoft mendapati tempoh 15 minit diperlukan untuk anda kembali fokus setelah menjawab emel atau panggilan telefon. Ini kerana setiap gangguan membaca emel umpama grenade dilontarkan ke bahagian tengah otak. Jadi untuk mengurangkan stres dan memberi tumpuan ekoran kerja yang bertimbun di pejabat, anda bolehlah mencuba teknik di bawah ini:


UNTUK FOKUS LEBIH BAIK, TENANGKAN DIRI
"Lebih tinggi paras stres, anda akan sedaya upaya menolak tugasan yang memerlukan penumpuan.." kata Dr. Ned Hallowell. Jadi lawan stres dan tingkatkan produktiviti kerja.

MINUM TEH
Penyelidik di United Kingdom mendapati individu yang minum 4 cawan teh setiap hari memiliki 20 peratus paras hormon stres yang lebih rendah.

TARIK NAFAS DALAM-DALAM
Sebelum memulakan tugasan, tarik nafas-nafas dalam selama 5 minit - 5 saat tarik nafas, 5 saat hembus nafas - mampu mengurangkan stres. Tambahan pula, saintis dari Universiti Emory mendapati mereka yang selalu bermeditasi mampu memberi tumpuan dengan lebih baik biarpun usia makin meningkat.


Mengenali Bahasa Tubuh Pasangan Ketika Berbohong

Siapa suka dibohongi? Sudah pasti tiada. Biarpun begitu, setiap orang pasti pernah berbohong atau dibohongi oleh insan-insan di sekeliling mereka. Malah tidak ketinggalan pembohongan di antara suami isteri. Seperti yang kita semua sedia maklum, cara paling berkesan dalam mempertahankan hubungan suami isteri adalah kelancaran komunikasi. Yang pastinya membabitkan komunikasi yang jujur. Namun, mengapa ada di kalangan pasangan suami isteri yang takut untuk bercakap jujur..?

Pakar hubungan dan pengarang buku, Meeting Your Match: Cracking The Code To Successful Relationship, Dr. Jackie Black menjelaskan individu berbohong kepada pasangannya kerana berasa tidak selesa untuk berterus terang atau menyatakan kebenaran kerana bimbang akan implikasi negatif akibat pengakuan jujur mereka.


Dalam banyak situasi pembohongan, seringkali mulut tidak berkompromi dengan anggota tubuh yang lain. Kata-kata yang terucap mungkin kedengaran meyakinkan, namun anggota tubuh lain memberi tanda yang berbeza. Berikut 5 indikasi yang boleh dikesan menerusi bahasa tubuh ketika pasangan berbohong.

1. MENUTUP MULUT KETIKA BERBICARA

Sekiranya pasangan menutup mulut satu tangan ataupun sekadar menutupnya dengan satu jari, tandanya dia sedang membohongi anda. Ini kerana bahasa tubuh tersebut melihatkan seakan-akan mereka takut pembohongan mereka didengar oleh orang lain dan ingin mengehadkan bilangan individu yang mendengar pembohongan tersebut.

2. MENGGARU ATAU MENYENTUH HIDUNG
Begitu juga apabila suami menggaru atau menyentuh hidung ketika berbual dengan anda. Sebuah penelitian mendapati berbohong akan menyebabkan jaringan sel di daerah hidung membesar sehingga terasa gatal. Dengan erti kata lain, sentuhan atau perbuatan menggaru hidung boleh menjadi petanda si dia sedang membohongi anda.

3. MENGGARU MATA
Ketika seseorang menyatakan pembohongan, seseorang tidak akan menatap terus ke mata anda. Mereka akan mengalihkan pandangan ke arah lain kerana tatapan mata mampu mengesan kejujuran atau pembohongan kata-kata. Namun, disebabkan sikap ini sangat menampakkan pembohongan, ramai suami memilih untuk menggaru mata secara sekilas.

4. MERABA LEHER
Satu kajian mendapati perbuatan berbohong akan mewujudkan rasa geli di bahagian kulit leher. Oleh itu, seseorang cenderung untuk menarik kolar baju atau berpura-pura membetulkan kolar baju mereka kerana rasa geli yang mereka alami akibat menyatakan pembohongan. Perbuatan ini juga menunjukkan bahawa pasangan berasa tidak selesa dengan apa yang mereka tuturkan.

5. PERBUATAN YANG TIDAK SELARAS DENGAN KATA-KATA
Jika pasangan menyatakan dirinya pulang lewat malam kerana urusan kerja sambil menganggukkan kepalanya, dia memang berkata jujur. Tapi sekiranya suami menyatakan perkara yang sama namun gerakan kepalanya menggeleng atau mengelak daripada pandangan anda, itu tandanya dia sedang membohongi anda.

Rabu, 13 Jun 2012

Pulut Seri Kaya

Pulut Seri Kaya atau juga dikenali sebagai Serimuka Kelantan sangat sinonim di negeri Cik Siti Wan Kembang.. Sekarang kuih ni jarang sangat nak jumpa.. Kalau ada pun banyak dijual di pasar Ramadhan, kena tunggu bulan puasa jugak lah.. kat KL ni lagi la susah nak cari.. Kuih ni manis sikit, mungkin sebab gula melaka yang diguna.. Jom tengok macam mana nak buat kuih ni..

Bahan-Bahan:

Bahan A:
1/2 kg beras pulut - direndam selama 3 hingga 4 jam
1 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan B:
20 biji telur
Sedikit esen vanilla
1 ketul gula melaka
3 cawan air
secubit garam
5 helai daun pandan

Cara menyediakan:
1. Di dalam periuk masukkan gula melaka dan tuangkan 3 cawan air sehingga cair. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan dan masukkan beras pulut. Kukus selama 25 minit.
3. Angkat dan masukkan beras pulut yang telah dikukus ke dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah dicampur garam secukup rasa. Gaulkan rata.
4. Angkat dan masukkan beras pulut ke dalam loyang lalu kukus semula selama 10 minit lagi. Setelah masak, tekan-tekan pulut biarkan padat. Ketepikan.
5. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula melaka, esen vanila, daun pandan dan garam. Pukul sebati adunan telur selama 3 minit. Tapiskan adunan.
6. Kemudian tuangkan adunan telur ini di atas pulut tadi. Kukus semula selama 45 minit. Setelah masak, biarkan selama 1 jam sebelum dipotong. 


Huhh.. leceh kan.. tapi shedaaappp.. hehe.. selamat mencuba...!

Gambar: Sumber drp cik google..

Isnin, 11 Jun 2012

Simptom-Simptom Hamil

Impian memiliki cahayamata semestinya menjadi keutamaan saya dan suami selepas melangkah ke alam perkahwinan. Alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga kami dikurniakan sepasang cahayamata yang comel dan sihat, syukur sangat2..! Seronok pulak bila mengingatkan semula saat2 kehamilan dulu, nak2 lagi masa pregnankan anak sulung. Masa 1st pregnancy dulu selalu je beli pregnant test kit.. bila lewat datang bulan sehari dua hari mula lah nak test.. haha.. excited terlebih pastu membazir jek + keciwa lagi.. Memang, ada antara kita mmg perasan akan tanda-tanda hamil ni dan ada juga antaranya skarang ni tak sedar pon yang die tgh pregnant.. 

Kat sini saya ada postkan simptom2 hamil untuk tatapan u ols. Info ini dulu saya dapatkan daripada  website http://www.babycenter.com.my/. Ada yang mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini...

1. Mengidam 

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 



2. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. 

3. Kerap membuang air kecil 
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.


4. Keletihan 
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda pentingawal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 



5. Deria rasa berubah 
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka. 

6. Mabuk hamil pagi 
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. 

7. Tidak datang haid 
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 

8. Ujian kehamilan yang positif 
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini..

TQ for reading...!

Puding Gula Hangus a.k.a Puding Karamel

Hari ni hari Selasa, hari kedua bekerja selepas hari Senin (sume org pon tau daa..haha).. sangat lemau rasanya.. biasa la kalo lepas cuti panjang (cuti bersalin), bile da masuk keje slow je gear nak masuk.. tapi dah sebulan stat keje, masih jugak lemau.. hurmm, sumthin wrong kot.. ahakss.. 

Lepas lama berpantang ni, sume benda nak telan.. almaklum la ye.. 100 hari bertahan.. huhu.. hari ni rasa nak buat puding gula hangus plak (puding karamel). Resepi ni my mom yg ajar.. Sebenarnya sebelum ni sy tak tau pun puding karamel ni puding gula hangus.. tercari-cari jugak dulu camana la rupe puding karamel.. jakun jugak rase sbb kat kg tak penah jumpe puding karamel ni.. bile dok kl ni baru tau rupanya kedua2 nama tu merujuk kpd kuih yang sama.. hikhik...

Puding Gula Hangus a.k.a Puding Karamel

Bahan-Bahan:

Karamel:
6-8 sudu besar gula pasir

Puding:
1 tin susu pekat (tin sederhana besar) 
8 biji telor (saiz sederhana)
1 sudu kecil kastard


Cara-cara:

1. Panaskan pengukus.

2. Masukkan gula ke dalam loyang. Masak atas api yang perlahan sehingga perang . Ketepikan. (jika terlalu perang, karamel akan rasa pahit.)

3. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan telor. Whisk sampai kembang. Kemudian masukkan susu & tepung kastard, kacau sampai sebati. Lagi lama kacau lagi bagus. Then, tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

4. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit atau masak sepenuhnya. Nak tau masak ke tidak, try cucuk  puding tu pakai lidi. Kalau lidi itu kering & tidak bersisa, kira dah masak lah tu.

5. Sedia dimakan panas2 atau disimpan dalam peti ais. 






*Gambar: sumber daripada Cik Google.. :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...